top of page
Unit Kecemasan
Jabatan Pesakit Luar

Unit in merupakan tunjang bagi Klinik Kesihatan 4 Lenggong ini. Ia melibatkan kaunter pendaftaran, kaunter saringan dan unit sokongan lain.

 

Kes-kes yang dilihat di unit ini merupakan kes ulangan dan kes-kes biasa.

Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Lenggong melibatkan rawatan kecemasan dan panggilan ambulan bagi kes kecemasan. Pelbagai prosedur kecil dilakukan di unit ini seperti pencucian luka,nebulizer dan sebagainya.

Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan Lenggong dulunya mempunyai bangunan yang berasingan. Namun atas inisiatif bagi memudahkan pelanggan menerima rawatan, unit ini telah diwujudkan dibawah satu bumbung bersama unit-unit lain.

 

Klinik Ibu dan Anak di Klinik Kesihatan Lenggong dikhaskan bagi pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan bagi ibu mengandung dan selepas mengandung serta bayi sejak lahir hingga berumur 5 tahun. Ujian saringan HIV juga turut diadakan disini.

Klinik Pergigian
Klinik Ibu Dan Anak

Unit-unit Klinik Kesihatan Lenggong

Klinik Kesihatan Lenggong terdiri daripada 5 unit teras yang terdiri dari Jabatan Pesakit Luar, Unit Kecemasan, Klinik Ibu Dan Anak, Inspektorat, Klinik Pergigian dan Unit Perkhidmatan Sokongan seperti Makmal, Xray, Terapi Pulih Carakerja dan Fisioterapi.

Unit Sokongan
Inspektorat

Di Klinik Kesihatan Lenggong merangkumi beberapa unit seperti Makmal, Xray, Fisioterapi dan Terapi Carapulihkerja

Merupakan unit penyiasatan khas bagi kes-kes berjangkit seperti denggi, malaria dan sebagainya. Unit ini bertujuan menyiasat kes dan mengawal penyebaran wabak dari merebak melalui beberapa intervensi yang ditetapkan.

© 2023 by by James Consulting. Proudly created with Wix.com

bottom of page