KEM METHADON
Klinik Kesihatan Lenggong telah menganjurkan Kem Methadon bagi peserta-peserta yang menjalani terapi gantian methadon. Program ini dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada para peserta akan kepentingan dan displin dalam mengikuti Program Terapi Gantian Methadon di Klinik Kesihatan 4 Lenggong. Program berjaya mencapai kehadiran 100% hasil kerjasama antara Klinik Kesihatan 4 Lenggong dan Klinik Kesihatan Lawin.
KEM DIABETeS
Kem Diabetes merupakan aktivit tahunan yang diadakan bagi menambah pengetahuan dan kesedaran tentang penyakit Kencing Manis. Kem ini mensasarkan penduduk yang menghidapi kencing manis dan penduduk yang berminat ingin mengetahui tentang perihal penyakit ini. Pelbagai aktiviti disediakan seperti senamrobik, ceramah kesihatan, cabutan bertuah, pameran, dan lain-lain.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti program kem kesihatan, saringan kesihatan dan lain-lain lagi telah dirancang setiap tahun bagi menambah pengetahuan dan memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai penyakit-penyakit.
AKTIVITI
PROGRAM BERKHATAN
KEM kesihatan WARGA EMAS
Kem ini merupakan satu program bagi membantu mempertingkatkan taraf kesihatan warga emas setempat ke tahap yang lebih tinggi melalui akitiviti yang disediakan. Selain itu, pelbagai aktiviti yang bersesuaian disediakan bagi menarik minat penduduk menyertai program ini.
EKSPEDISI MENGHANTAR AMBULANCE KK KEMAR BERSAMA PERALATAN MAKMAL
Pada 15 November 2014, satu pasukan telah diwujudkan bagi melakukan penghantaran ambulan baru dan peralatan makmal yang amat penting bagi mempertingkatkan mutu kesihatan yang dapat diterapkan di Klinik Kesihatan RPS Kemar. Persiapan bagi ekspedisi ini telah dilakukan di Klinik Kesihatan Lenggong dengan kerjasama semua staf Kk Lenggong dan PKD Hulu Perak.